Wednesday, November 7, 2012

Diari Seorang Tua

aku mesti peduli
apa yang kau cari
dan apa yang kau beri

aku mesti peduli
apa yang kau cintai
dan apa yang kau benci

aku mesti peduli
apa yang kau makan hari ini
dan apa yang simpan untuk esok hari

aku mesti peduli
apa yang kau cicirkan
dan apa yang ungguli

aku menjadi peduli
solatmu setiap pagi pada setiap hari
dan dini hari solat lagi sebelum tidur bermimpi
menjadi hamba yang abadi

jika nanti waktu itu tiba-tiba sahaja
hadirnya
maka cacatan inilah wasiatnya
untukmu menjadi peduli kembali.

Saturday, October 13, 2012

Penilaian

Penilaian 1

Tempat  :  Kedai Tayar, Tanah Merah, Jitra
Tarikh   :  Selasa 09.10.2012,  10.15 pagi.

Tayar motokar isteri bocor. Mahu tidak mahu saya kenalah ke  Pengusaha Kedai Tayar. Jauh ke Jitra kerana isteri sedang berkursus di IAB Utara. Itu tidaklah bagitu penting. Yang menariknya ialah apakah penilaian saudara-saudara terhadap peristiwa ini.

Pengusaha : Apa pasal PakCik?
Saya         : Tampung tayar. Bocor.
Pengusaha: mana tempat?
Saya        : Tayar belakang. Sebelah Driver.
Pengusaha: Tunggu sekejab, duduk dulu, nanti saya suruh pekerja buat. duduk dulu.
Saya        : (dalam hati) bagusnya layanan.

Tiba-tiba

Pengusaha : lu buat ini dari pukul sembilan sampai sekarang tak siap lagi ka? lu apa bikin. main-main ka. kalau main-main lu boleh balik. sekarang banyak kerja mau buat. ini kerja 20 minit saja boleh buat. tapi lu buat sudah satu jam. macam ni kita punya pelanggan lari looo. lu tengok sana.... tiga orang masih dok tunggu.
You tinggal ini, you pi buat sana. gaji mau tinggi ...kerja buat lambat-lambat. tutup kedai la macam niii.

Penilaian 2.

Tempat : Jalan Datuk Kumbar
Masa   :  Khamis 11.10.2012  jam 11 pagi.

Ketua Tukang rumah.
" lu kalau mau balut itu rokok daun, lu boleh balik la. Berapa lama lu mau balut. padam cucuh, padam cucuh. kemudian lu balut lagi. itu kayu belum potong juga. you kalau mau kerja sini, you balut itu rokok di rumah. balut siap-siap. jangan buang masa sini. saya bayar lu untuk buat kerja bukan balut itu rokok daun."

Bila kita menjadi kuli maka kita harus bersedia untuk dimarahi. Bila kita tidak berilmu maka kita jahil tentang budaya kerja berkesan. Jika kita miskin ilmu dan miskin duit maka kita  mesti bersedia untuk dihina.

Wednesday, March 28, 2012

Putrajaya Sukarkan Anwar.

Pilihan saya. Baik macam manapun Anwar Ibrahim di mata orang lain namun saya sudah membakul-sampahkan sekian lama. Kepada kawan-kawan saya menyatakan hujah paling mudah. sepanjang 2008 hingga 2012 Anwar kehilangan ramai kawan baik dan penyokong politik yang tegar. Samada tersilap pilih kawan atau memang kerana kelemahan kepimpinan beliau sendiri. Bagi saya kepimpinannya lemah. Kini dia ditikam kiri kanan. Depan dan belakang. Jika beginilah pola kepinpinannnya maka adakah dia layak ditabal menjadi PM Malaysia.

Sepanjang kerjayanya dalam politik Anwar membuat kesilapan besar kerana menyerang institusi pentadbiran. Dia menyelar institusi kehakiman, polis, penjawat awam, SPRaya dan lain-lain. Soalan saya mudah, apakah sebaik sahaja dia menjawat jawatan PM dia akan memecat penjawat awam. Terutama kumpulan JUSA. Akankah ditukarkan Ketua Polis. Panglima Angkatan Tentera, Ketua Hakim. Pengerusi SPR. Tidakkah itu akan menyebabkan pentadbirannya disanggah sebagai konspirasi. Dengan berbuat demikin apakah para penjawat awam, polis dan tentera akan berdiam diri. Amankah rakyat marhain seperti kita.

Sepanjang kemenangan PR kini terutama PKR dala era 2008-2012 apakah kesebokan Anwar. Ke luar negara, Ke mahkamah, menafikan tohmahan dalam kempen jalanan dan menampilkan isu kecelaruan. Itu sahajakah perjuangan Anwar.

Dengan segala tuduhan salahlaku moral, kecelaruan rumahtangga pilitiknya maka Anwar saya kategorikan sebagai seorang pemimpin yang gagal dan tidak berwibawa. Dia terjerat dengan pelbagai kesusahan jika dilantik menjadi PM. Dia akan menerima tamparan seperti yang terjadi kepada Najib kini atas isu yang Anwar war-warkan. Demontrasi akan tercetus kerana itulah budaya yang diajari oleh Anwar selam ini. Amankah kita sebagai rakyat biasa yang ingin hidup damai. Kita sebenarnya kekurangan fakta apakah kebolehan Anwar yang paling cemerlang dalam mengurus kewangan negara. Berjayakah dia di Selangor sebagai penasihat kewangan negeri. Adakah kerana tanpa gaji maka tanpa kerja, dan tanpa prestasi.

Sehingga kini saya tetap tertanya-tanya apa jasa Anwar semasa menjadi Menteri Belia, Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan. Apabila saya membaca buku Yahaya Ismail 'ANTARA KRONISME, NEPOTISME & ANWAR' maka kepercayaan saya kepada Anwar hilang sama sekali. Kepimpinannya sebagai Ketua Pembangkang adalah 'zero' apabila Parlimen kecoh. Saya kecewa dengan MP-MP yang kita lantik ke Parlimen. Bagitukah sidang Parlimen di Malaysia.

Saya terkenang Anwar sewaktu berambut gondrong, mengguna vokswagen merah, berbaju melayu dan mengheret selipar Jepun di Yayasan Anda. Jasa Anwar kepada Yayasan Anda saya akui tetapi wajah dan wadah perjuangan Anwar bertukar 100% sesudah mengheret politik dalam hidupnya.

Wednesday, February 29, 2012

Azizan Razak Menteri Besar Saya

Menteri Besar saya. Azizan Abdul Razak. Amalan demokrasi mudah. Siapa menang dia pemerentah. Dia berkuasa. Jangan ganggu. Semua mesti sebulat hati menyokong. Dia adalah pilihan majoriti. Mesti hebat. Kalau tidak hebat maka dia tidak akan dipilih. Sekalipun kita tidak mengudi parti aliranya tetapi apabila diistiharkan menang maka dia adalah hero kita. Ketua kita.

Celarunya ialah kaki bangkang. Terutama dari dalam parti sendiri. Tikam kawan. Geghodak. Kalau dia luruh, busuknya siapakah akan mewangikan? Azizan tidak perlu lantik orang yang tidak dapat bekerja dengan dia. Singkir. Buang masa melayan arnah yang bodoh sombong. Kita patut belajar bahawa siapa sahaja yang menjadi ketua maka jamaah mesti akur dan ikut. Tak perlu tunjuk handal. Apa yang ketua tahu, banyak yang kita tidak tahu tetapi apa yang kita tahu biasanya ketua kita tahu.


Saturday, February 25, 2012

Kasut Busuk Sembunyi Kaki

Tuding jari. Bagamaimana maki hamun menjadi jajaan dalam ucap dan tutur . Seolah-olah bagai dunia tidak tahu siapa pelupur kaki maki, siapa kaki temberang. Bagai sang pembaca dianggap manusia dungu. Kasut mesti dibasuh. Sarung kaki tidak dapat menyembunyikan bau busuk meskipun kaki berjaya disembunyikan.

Tuesday, February 21, 2012

Matematik.

Hanya dengan secawan kopi O kita bertengkar tentang politik dari pagi hingga rembang. Tajuk bahas pun lumrah. Siapa betul siapa salah. Apabila anak-anak tak siapkan kerja rumah maka cikgulah yang bersalah kerana terlalu banyak beri kerja rumah. Ada yang tidak pernah menyalahkan diri sendiri apabila matematik tidak pernah betul ketika dia berguru di Kelas Seorang Apek yang kaya raya.

pukul gendang sindir penari.