Monday, April 29, 2013

Kalut

Saya bukan YB. Bukan.  Ada yang mencerca saya sebagai pencacai politik. Salah saya cuma karana  jujur dan ikhlas menyatakan pendirian. Saya sama sekali tidak mencaci dan mencacai sesiapa. Pilihlah lambang apapun. Cuma berilah hak dan kebebasan berhujah. Kita menjadi tegar kerana maklumat dan sumber rujukan yang membelit kukuh. Untuk meragukan saya terhadap kepercayaan saya maka pastinya dengan bukti kukuh yang penuh yakin. Jika dengan keyakinan saya ini akan dituduh sebagai finatik maka  'itu adalah cerita lama'. Dan adakah orang yang membuat tuduhan itu tidak finatik?

Saya tidak sokong PKR kerana wirawan songsang manusia bernama Anwar bin Ibrahim. Sebab?  Adakah bakal seorang Perdana Menteri mencerca parti lawan dan pengkritiknya dengan maki hamun. Tidak percaya?. Banyak bukti dalam you tibe. Boleh dirujuk dan disemak. Adakah terdapat ciri-ciri dan watak seorang pemimpin Islam wara', bersih, zuhud, budiman, yang kita amat yakini akan ketinggian susilanya dan bersopan-santun sebagai pemimpin kita ingini dan 'menjadi harapan rakyat' . Apa yang terpamer pada watak dan wajah Anwar adalah sebaliknya iaitu manusia yang celaru, dan serakah. Membujur lalu melintang patah. Terutama ketika dia mabuk berpidato.

Saya tidak sokong PAS kerana Amanat Haji Hadi. Kafirkah umat Islam kerana tidak mengundi PAS.  Kiranya yang dikafirkan itu  ' tidak kafir' maka ke manakah pula  ia akan berbalik? Sejak ujud parti DAP lagi terang-terang dan tidak pernah berubah bahawa parti itu tidak setuju dengan Negara Islam dan Hudud. Kalau tidak percaya Rujuk akhbar Roket. Rujuk juga akhbar berbahasa Cina.  PAS malu untuk mengakui BANGSAnya sebagai melayu. Apa yang PAS ucap dan tulis adalah baik tetapi ia tidak terpampang sebagai realiti di negeri yang dia tawan. Saya semakin tidak yakin kiranya ditakdirkan TG Haji Hadi tiada maka ia akan digantikan dengan  Encik Mat Sabu. Inilah tokoh yang memijak arang dan menapak hitam dalam perjuangan PAS.  PAS sudah dikelilingi oleh tokoh yang memadamkan generasi ulamak dan semakin digilai oleh para artis.

Maaf, jika saya salah mengumpul fakta.