Thursday, December 4, 2008

Terbalik Kuang

Anak adalah permata. Kita didik untuk menjadi manusia seperti impian kita. Pun dalam banyak hal kita terpaksa akur dengan takdir. Penentuan-Nya sudah tersurat. Demikianlah dengan Intan satu-satunya puteri kesayanganku. Mahfuzah Othman. Dia dibiar secara terdidik dengan cita-citanya. Mesti akur dengan titih perintah dan tata cara kehidupan yang rutin dalam keluarga. Solat. Belajar. Membaca. Ikut ceramah agama. Ikut ceramah motivasi. Mengunjungi keluarga. Hadir kenduri. Tidak berpeluang lepak dan ronda jika tidak diizinkan. Kasihan sungguh kehidupan yang terkongkong.

Remajanya terhakis sedikit demi sedikit di SMKTAM, Kolej Metrikolasi Arau dan di USM. Semasa di USM tanpa ragu saya melepaskannya menjelajah. Biarpun kadangkala sendirian. Dia merantau ke China, Jepun, England, Belanda, Perancis, Hong Kong. Saya dan isteri merelakan pemergiannya atas dasar menerokai pengalaman dan ilmu.

Saya coretkan pengalaman saya ini kerana saya sekeluarga akhirnya terpaksa 'terbalik kuang' iaitu terpaksa akur dengan prinsip dan cara hidup alaf baru Intan. Demi menyokong perjuangan Alam Sekitarnya, kami sekeluarga tidak lagi menggunakan pembungkus tidak lupus. Hanya bahan yang boleh dikitar semula sahaja yang diguna pakai. Bayangkan kesusahan kami untuk tidak menggunakan pembungkus tak lupus ketika membeli belah di pasaraya atau di pasar basah. Begitu juga semasa kita memesan makanan.

Rupa-rupanya anak yang kita didik dengan disiplin akhirnya turut mendisiplinkan kita.
Malah menjadi lebih susah untuk mendidik rakyat Malaysia yang masih teraba-raba untuk memahami pencemaran alam yang masuk ke fasa kritikal.

4 comments:

FuzAma said...

bukankah segala sudah tercatat di Lauh Mahfudz...hmmm... :)

Anonymous said...

pakcik kawan saya mahfuzah ni memang anugerah tuhan pakcik... dia ni manusia yang sangat baik dan benyak bagi semangat kat kawan kawna dia.. terutama saya laa.. :D apapun bertuah saya dapat kelas denganya dan belajar dengannya selama 2 tahun dia 4 alfa dan 5 alfa... :D semoga dia bejaya dengan cita cita dia.. :D

Anonymous said...

salam pakcik...rasanya ramai yg b'bangga dgn kejayaan MAHFUZAH OTHMAN skrg ni...kami sbg kwn2 juga turut m'beri sokongan terhadap p'juangan beliau...
malah fari sendiri m'anggap fuzah sbg idola fari utk b'jaya.fuzah mampu buktikan pada dunia, walau pun saiz tubuh bdn yg kecil,tak bermakna dia tak b'jaya takluk dunia satu hari nanti...fari sgt kagum dgn sifat tabah dan cekal hati yg dimiliki oleh fuzah.dia b'jaya melontarkan pendapat dan pandangannya bkn setakat di m'sia malah setiap negara yg pernah dilawatinya.pakcik n makcik sgt bertuah memiliki sebutir intan yg b'sinar dlm keluarga... :)

FuzAma said...

weh..janganlah lambung aku tinggi sangat..gayat woo...dah la sikit2...tarik aku ke bawah balik...

p/s: segala puji hanya utk ALLAH