Alif baru darjah 2. Tinggal di Semanggul. Entah daripada sumber dapatan mana saya kurang arif, tetapi ssetiap kali bertemu Alif akan mengemukakan teka teki dengan penuh ceria. Piawaian teka tekinya tidak perlu diambil kira, yang penting emosi seorang kanak-kanak yang tidak menyembunyikan apa-apa. Tanpa sindir. Tanpa hasad. Tanpa duka nestapa. Dia mempamerkan dunia kanak-kanak yang tidak mengerti kesedihan. Kegembiraannya dirayakan seada-ada mungkin.
Alif : Pak Ndak, Namakan binatang paling gagah di dunia?
MS : saya sebut segala jenis nama binatang yang terlintas di minda saya.
Alif : salah...salah. salah. salah.......dan salah. (Alif melompat keriangan) Pak Ndak tak tau ya? binatang tu kecil sahaja.....
MS : semut, anai-anai, kuman, lipas, cengkerek. lipan. belalang.
Alif : Terkinja-kinja. Binatang ni......tahinya ada dua warna.
MS : Saya agah dengan bermacam jawapan. burung. monyet. udang. ikan. harimau. ...
catatan:
Sekalipun kita tahu jawapan tetapi berilah ruang dan peluang untuk si kecil merasai kemenangan, kehebatan, dan kebanggaan. Kita lebih gembira jika mereka gembira.

Alif : Aleeh, senang saja Pak Ndak. CICAK. kan dia selalu tahan siling dan dinding dengan tangan dia. ......dia gelak semau-maunya. Kami turut ketawa bukan kerana jawapannya itu tetapi kerana aksi dan gelagatnya yang sangat kecindan.
catatan:
Sekalipun kita tahu jawapan tetapi berilah ruang dan peluang untuk si kecil merasai kemenangan, kehebatan, dan kebanggaan. Kita lebih gembira jika mereka gembira.
No comments:
Post a Comment