Saturday, October 13, 2012

Penilaian

Penilaian 1

Tempat  :  Kedai Tayar, Tanah Merah, Jitra
Tarikh   :  Selasa 09.10.2012,  10.15 pagi.

Tayar motokar isteri bocor. Mahu tidak mahu saya kenalah ke  Pengusaha Kedai Tayar. Jauh ke Jitra kerana isteri sedang berkursus di IAB Utara. Itu tidaklah bagitu penting. Yang menariknya ialah apakah penilaian saudara-saudara terhadap peristiwa ini.

Pengusaha : Apa pasal PakCik?
Saya         : Tampung tayar. Bocor.
Pengusaha: mana tempat?
Saya        : Tayar belakang. Sebelah Driver.
Pengusaha: Tunggu sekejab, duduk dulu, nanti saya suruh pekerja buat. duduk dulu.
Saya        : (dalam hati) bagusnya layanan.

Tiba-tiba

Pengusaha : lu buat ini dari pukul sembilan sampai sekarang tak siap lagi ka? lu apa bikin. main-main ka. kalau main-main lu boleh balik. sekarang banyak kerja mau buat. ini kerja 20 minit saja boleh buat. tapi lu buat sudah satu jam. macam ni kita punya pelanggan lari looo. lu tengok sana.... tiga orang masih dok tunggu.
You tinggal ini, you pi buat sana. gaji mau tinggi ...kerja buat lambat-lambat. tutup kedai la macam niii.

Penilaian 2.

Tempat : Jalan Datuk Kumbar
Masa   :  Khamis 11.10.2012  jam 11 pagi.

Ketua Tukang rumah.
" lu kalau mau balut itu rokok daun, lu boleh balik la. Berapa lama lu mau balut. padam cucuh, padam cucuh. kemudian lu balut lagi. itu kayu belum potong juga. you kalau mau kerja sini, you balut itu rokok di rumah. balut siap-siap. jangan buang masa sini. saya bayar lu untuk buat kerja bukan balut itu rokok daun."

Bila kita menjadi kuli maka kita harus bersedia untuk dimarahi. Bila kita tidak berilmu maka kita jahil tentang budaya kerja berkesan. Jika kita miskin ilmu dan miskin duit maka kita  mesti bersedia untuk dihina.

No comments: