Wednesday, October 8, 2008

Gamitan Kenangan 2

Malik, Suzana,Haslimi, Azhar, Di Mamak, Hardi, Adi Syaputra dan murid cikgu yang lain-lainnya. Maaf. Jarak waktu, kadang-kadang mengkikis ingatan cikgu terhadap nama kamu semua. 18 tahun cikgu di STAR adalah laluan pengalaman yang cikgu seret dengan penuh pengalaman dan ingatan. Zaman remaja cikgu langsai secara beransur-ansur di STAR. Cikgu menjadi dewasa di STAR. STAR mengajar cikgu untuk menjadi cikgu sebenar. STAR mendidik cikgu menjadi Melayu. STAR juga melonggokkan dulang ilmu ke'guru'an yang memasakkan erti perjuangan anak bangsa. Mengenang kejayaan murid menjadikan kebanggaan yang tidak tertulis. Bangga sekali biarpun khabar itu cikgu peroleh dari jumpaan di jalanan hidup.

Di warong ini pastinya cikgu ingin titipkan rasa bangga itu. Pertama, kerana masih ada anak didik yang sudi singgah dan membaca. Tentu sekali semuanya celik IT. Tahniah. Sukar untuk cikgu menitipkan kenangan khusus untuk kita kenangi bersama. Tetapi percayalah kita berkongsi pengalaman suka duka, kasih benci dan telah hidup berkongsi bumbung untuk belajar.

STAR memberikan kita ilmu, kasih sayang dan perjuangan. Salam sekeluarga daripada cikgu. Terima kasih.

2 comments:

hazha said...

Cikgu, terima kasih sebab masih ingat anak-anak murid cikgu nie. Ada yg nakal, pendiam, peramah, playboy, dan macam-macam lagi :)
Cikgu memang sporting, senang untuk diajak berbincang dan disenangi oleh semua murid-murid.
You're teacher and also best friend for us.

malik said...

Alhamdulillah, tak dapat nak dizahirkan dengan kata2 apabila melihat kelibat cikgu pada majlis perjumpaan raya baru2 nie.kehadiran cikgu berdua amat bermakna sekali.Kewujudan blog ini dapat mengubat rindu antara murid dengan guru......bukan rindu org muda